• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • owh GOUT...apa itu GOUT...

    Thursday, June 9, 2011
    Assalamualaikum n salam sejahtera semua,


    ~Penyakit GOUT..Penyakit GOUT~

    3 ari lepas,aku di suspekkan menerima penyakit ni.....waaaa(sedih siut)..MUDA2 dh dapat penyakit ni..so sekarang,aku kena jaga pemakanan n selalu berwaspada....sedih2..
    pada yang tak tau penyakit ni...aku leh explain kat korg seber sedikit la...ini untuk korang jugak..

    Pengenalan Penyakit GOUT...
    • pEnyakit gout melibatkan peningkatan paras kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam darah yang boleh membentuk kristal.kristal ini cuba mendap di sendi2 atau tisu. Asid urik ni berbentuk jarum2 dan kaca2 halus yang mencucuk pada bahagian sendi dan menimbulkan rasa ngilu terhadap pesakit..
    Gejala Dan Tanda Penyakit GOUT...
    1. Sakit pada sendi terutama pada sendi ibu jari.
    2. Panas pada sendi.
    3. Rasa sakit yang amat sangat.
    4. Merah pada bahagian Sakit.(aku xde la tahap ni)
    Kaedah Pencegahan Penyakit Gout...
    Berat badan yang berlebihan seringkali dikaitkan dengan gout.
    sebaiknya mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan ini mengurangkan berat badan mereka.
    1. Kurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan purina seperti hati,organ2 dalaman,daging merah,makanan laut termasuklah udang,ikan bilis,kekacang, pucuk asparagus dan kubis bunga.
    2. Tinggalkan dan menjauhi minuman keras.
    3. Disyorkan makanan2 poneutral purina seperti buah2an segar (khusunya ceri n strawberi) dan kebanyakan sayuran segar dan jus saderi.
    Kaedah Dan Doa Rawatan Penyakit GOUT...
    1. Surah al-Fatihah.
    2. Selawat Syifa.
    3. Ayat pemecah kebuntuan (Surah al-Hasyr ayat 21-24).
    Bahan Rawatan Penyakit GOUT...
    Bahan digunakan ialah:
    1. Madu lebah.
    2. Kapur Sirih.
    3. Buah limau nipis.
    4. Air.
    Cara Penyediaan Dan Pengguaan Bahan...
    1. Gaulkan air buah limau nipis dengan kapur sirih.
    2. Sapukan campuran di tempat kena gout.
    3. Setelah kapur kering, sapukan pula di atas kapur itu dengan madu lebah.
    4. Bacakan doa diatas air,kemudian basahkan kain tuala dengan air yang telah didoakan ini.
    5. Balut tempat yang disapu dengan kapur dan madu lebah tadi dengan kain tuala yang basah ini.
    6. Lakukan rawatan ini sebelum tidur setiap malam selama seminggu.
    Insyaallah penyakit ini dapat dipulihkan..tapi dengan izin ilahi...saya pon tengah mulakan proses ini.sedikit2..haha.k la...oh ya..maklumat ini saya ambik dri buka Dato Dr Haron Din..

    Info Buku..
    • Tajuk : Rawatan Penyakit2 JASMANI siri 2.
    • Dikarang oleh : Dato' Dr Haron Din.
    • Dicetak oleh : Misas Advertising Sdn.Bhd. tel : 03-4024 2004/03-4022 8714. Email:masb_30@yahoo.com
    • Harga : rm 25.

    3 comments:

    1. cik_nini said...:

      bnyak senaman laa ye oren? then, jaga pemakanan jugak. semoga cepat sembuh. ;)

    1. Mr.Oren said...:

      haha..tq2.sekarang ni kena control pulak.hahaha

    1. armouris said...:

      lagi info tentang gout di SIHAT SELALU - Gout Serang Sendi

    Tukar Banner JOM

    create your own banner at mybannermaker.com!
    Copy this code to your website to display this banner!