• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • kenapa kita usapkan wajah selepas solat?

    Saturday, June 18, 2011
    Assalamualaikum N selamat sejahtera...

    Aku kadang -kadang tertanya-tanya mengapa perlu kita mengusapkan wajah sebaik salam terakhir selepas solat diberikan. Malah kadang2 aku tertanya, adakah ia amalan Rasulullah s.a.w.

    Pagi tadi aku membaca majalah AL-ISLAM keluaran JULAI 2011...dan aku dapat penerangan mengenai apa yang aku pikirkan...

    Menjawab persoalan tersebut, sebuah hadis riwayat Sunan Abu Daud di ceritakan dari al-Saib bin Yazid dari bapanya, Nabi s.a.w ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan.

    Sementara itu, Imam Nawawi dalam kitab al-Azhar menjelaskan, dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas r.a berkata "
    Adanya Rasulullah s.a.w. ketika selesai solatnya, baginda mengusapkan dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: " Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan."" - (al-Azhar,69)
    (petikan majalah AL-ISLAM edisi julai 2011 m/s 4)...

    OK la...selamat menjalankan ibadah solat dengan elok.taaaa...

    1 comments:

    1. CikTeddyCorner said...:

      ouh..bagusnya entri ni..cik suka..

    Tukar Banner JOM

    create your own banner at mybannermaker.com!
    Copy this code to your website to display this banner!