• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Dasyat betul Sahur ni...

    Sunday, July 31, 2011
    Assalamualaikum N salamSejahtera

    "banGun..bangun..Sahur..sahur..."
    Haish..awal2 pagi adik aku dah kejut sahur.hahaha

    tak pernah aku bangun kul 4.30 a.m...kira hebat la aku rasa pagi tadi

    lepas Sahur pulak,pegi solat jemaah dekat surau..solat subuh

    yang tu lagi Hebat..DAH lama aku xsolat jemaah subuh dekat surau

    ari ni...membuktikan segalanya.

    KERANA SAHUR~AKU DAPAT BANGUN AWAL, MANDI AWAL, MAKAN AWAL N YANG PALING PENTING SOLAT JEMAAH DI SURAU.

    haha...k La..SEE u next POST

    blog pon ada harga ke?hahaha

    Friday, July 29, 2011
    assalamualaikum n salamSejahtera

    lepas je aku tengok cita hantu dengan adik-adik aku,
    terus aku buka fb
    dan aku ada terjah BLOG sorang kawan kita

    http://thelawa-missdotadia.blogspot.com

    tak kira la baru ke apa...dia pandai jugak wat duit
    ada churp churp tu,dari aku xde langsung..hahaha

    and aku terus ke laman ni>> CLICK HERE

    INI la hasil nya...macam murah je BLOG aku
    HAHAHA...cica tul


    k la kawan...see another POST ya...

    TENSION fb TAKBoleh BUka LA...

    Wednesday, July 27, 2011
    Assalamualaikum N salamSejahtera


    haishhhh....DAH dua ari tak boleh buka faceBOOK ni.asal ha...
    sebab FB ka...sebab LAPTOP aku ka...haish...
    Sama je la...Nasib la BLOG ni jadi teman aku.HAHAHA.

    bukan SEKADAR teman,tapi LEPAS Geram je..Grrrrr~


    TEchnical problem apa tah...haishhh
    mengarut je la...

    mcm mna aku nk bersocial ni..kah...kah...kah
    K LA...

    Adab berpuasa di Bulan Ramadhan

    Monday, July 25, 2011
    Assalamualaikum N sAlamSejahteRA...

    di sebabkan kita nak dekat puasa...saya dapat la beberapa maklumat dri blog kawan saya.walaupon kandungan ini dah bertahun lama nya.tetapi ada lagi yang masih tidak tau..xpa-xpa...kita berkongsi ilmu ya....

    Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

    1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

    2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

    3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

    Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

    4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

    Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

    5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

    6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

    - NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

    Patut ke chelsea menerima 1 gol tu?

    Friday, July 22, 2011
    Assalamualaikum N salamSejahtera

    Pasti perlawanan semalam membabitkan malaysia n chelsea, ada yang tak puas hati

    ramai yang mengatakan tiddak GOAL...

    TETAPI

    apabila dilihat dengan betul-betul... mcm dah 95% bola melepasi garisan goal.
    cuba perhatikan gambar video di bawah...saat yang ke-18

    bOLeh la click pada untuk tengok video ni.

    HAHA...apa2 pun tahniah untuk pasukan MALAYSIA.
    Maju la sukan untuk negaRA

    tengah peRAh otak wat video denGAN adik AKU~

    Thursday, July 21, 2011

    assalamualaikum n salamSejaHtera...

    walaupon aku ni belajar bidang lain
    Tapi minat benda lain...haha
    aku...adik ke-3 n adik ke-5...Tengah mencari idea nak wat video
    Haish....ASAl la susah sangat idea nak datang ni

    IDEA...pLease la come to PAPA
    hahaha..


    Dah Buat RAyuan ipta...

    Monday, July 18, 2011
    Assalamualaikum N salamSejahtera

    Pagi-pagi lagi dah pegi pejabaT POS
    Semata-mata nak hantar document diri dekat ipta yg dipilih
    TENSion betul la...
    haNTAR DENGAN POS BERDAFTAR JE...DALAM RM12 la
    kali ni aku mintak UKM n UITM
    hOPE dapat la...huhu

    nAsib baik la tak ramai orang pagi-pagi
    tak de la bersesak-sesak dengan orang lain..hahaha

    pada yang belum post tu...p la post cepat2.jgn tangguh2 na~

    see ya~

    ANda GaGaL ke upu?SiLa wat RAYUAN...HAHA

    Sunday, July 17, 2011
    Assalamualaikum N salamSejahtera...

    Puas bercuti kat kampung...
    bila tau je keputusan mengatakan gagal dapat U...
    terus balik rumah...hahaha
    xpa2..nasib ada rayuan

    x cukup besar? BOLeh la click pada gambar ni ye...TENgok puas-puas


    kepada kawan-kawan yang xdapat U...
    BOleh la wat rayuan ye...

    kAli ni rayuan aku mintak UKM...hope dapat.hahaha

    3 WEEK KAMPUNG

    Sunday, July 3, 2011
    3 mInggU bALik kAMpunG...3 Minggu tIdAK on9...
    See YA....

    Tukar Banner JOM

    create your own banner at mybannermaker.com!
    Copy this code to your website to display this banner!